Suspek Mahmoud al-Mabhouh

Pasukan pembunuh terdiri daripada:

  1. 6 rakyat Britain - James Leonard Clarke, Stephen Daniel Hodes, Paul John Keeley, Michael Lawrence Barney, Jonathan Lewis Graham, dan Melvyn Adam atau Melvyn Adam Mildiner. Pejabat luar Britain percaya bahawa pasport yang digunakan adalah palsu. Pasport pada bulan Januari tidak sama gambarnya.
  2. 3 rakyat Ireland - Kevin Daveron, Evan Dennings, dan Gail Folliard. Jabatan Luar Ireland menyatakan bahawa pasport yang digunakan oleh para tersangka adalah palsu .Ireland tidak pernah mengeluarkan pasport dalam nama-nama itu.
  3. 1 rakyat Perancis - Peter Elvinger (dipercayai sebagai pemimpin pasukan dan logistik koordinator).
  4. 1 rakyat Jerman - Michael Bodenheimer. Pegawai Jerman mengatakan bahawa pasport yang mereka terima daripada pihak berkuasa di Dubai adalah tidak lengkap atau tidak ada.

Dua warga Palestin ditahan di Jordan dan diserahkan kepada Dubai. Mereka disyaki memberikan bantuan logistik. Salah seorang tahanan Palestin adalah pegawai keselamatan Fatah yang dikuasai pihak berkuasa Palestin. Hamas berpendapat mereka melakukan pembunuhan. Sementara Palestin telah membalas dengan menuduh orang Palestin yang ditangkap sebagai ahli Hamas.

Suspek British bernama Melvyn Adam Mildiner berkata kepada pejabat Reuters bahawa dia belum pernah ke Dubai dan tidak mempunyai hubungan dengan Mossad atau pembunuhan. Paul Keeley, Stephen Daniel Hodes dan Michael Bodenheimer berkata dalam berita Channel 2 Israel bahawa mereka tidak melakukannya.

Gambar foto 11 orang yang disyaki ini ditambah kepada senarai paling dikehendaki Interpol pada 18 Februari, dengan nota identiti yang digunakan 11 orang ini adalah palsu. Pegawai lapangan terbang Dubai menjalankan imbasan retina rutin terhadap 11 orang ini ketkika mereka memasuki negara itu dan polis berkata mereka akan menerbitkan imbasan tersebut melalui INTERPOL.[3]